SHAH ALAM: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menumpukan kepada bahagian atas gunung yang dikenali sebagai zon kematian dalam usaha menjejaki pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33.
Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, walaupun usaha pencarian sudah memasuki hari keenam, beliau percaya, Hawari masih hidup kerana masih mempunyai bekalan makanan mencukupi serta dilengkapi sut yang mampu menahan cuaca sejuk.
Menceritakan kembali rentetan kejadian, beliau berkata, Hawari berada di kem empat selepas berjaya menawan Everest pada Khamis, jam 3.30 petang waktu Nepal.
“Dia tiba di kem empat kira-kira jam 1.30 pagi waktu Nepal pada Jumaat dan ada meminta malim gunung memeriksa Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.
“Hawari turut memaklumkan kepada malim gunung bahawa dia tidak berdepan sebarang masalah, sebelum malim gunung itu meninggalkannya dengan bekalan sebuah tangki oksigen yang boleh bertahan sehingga 12 jam.
“Bagaimanapun, sekembalinya malim gunung ke kem empat, Hawari sudah tiada dan keadaan cuaca ketika itu juga kurang baik," katanya ketika mengadakan sidang video bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Selasa.
Hawari yang berasal dari Pulau Pinang dalam percubaan keduanya menawan puncak Everest selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca.
Tambah Azim, kali terakhir beliau bertemu Hawari dan Awang Askandar adalah sebelum mereka memulakan 'summit push' pada 17 Mei lalu.
Misi SAR Hawari bermula jam 11 pagi waktu Nepal pada Jumaat dengan bantuan lapan malim gunung untuk mencari di Everest Base Camp (EBC), kem tiga sehingga kem enam termasuk tinjauan melalui udara.
Ia turut dibantu 20 sukarelawan, namun hanya malim gunung berpengalaman boleh melakukan pencarian di kem empat kerana kawasan itu berbahaya.
“Berdasarkan maklumat malim gunung, setakat ini mereka menjumpai 18 mayat dan sedang dalam proses mengenal pasti.
“Dua hari lalu, kami telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Tibet sekiranya pendaki yang naik di bahagian itu melihat atau bertemu Hawari supaya segera memaklumkan kepada pihaknya,” ujarnya.
Hawari yang menyertai ekspedisi ME 2023 dilaporkan hilang ketika turun dari kem empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu dan dipercayai terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse, Nepal.
Sehari sebelumnya, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga antara peserta ME 2023, dilaporkan meninggal dunia.
Lurah ais sedalam lebih 1,000 meter antara cabaran yang dilalui malim gunung atau sherpa ketika menjejakinya.
Selain menggunakan khidmat malim gunung, pihak Kedutaan Malaysia di Nepal turut berikhtiar mengesan mangsa menggunakan isyarat telefon bimbit digunakan mangsa namun usaha berkenaan mengalami kesukaran berikutan isyarat terakhir dikesan adalah pada 6 Mei lalu.
Usaha pencarian dan mengesan Muhammad Hawari semakin suntuk ketika ini berikutan Kerajaan Nepal akan menutup semua aktiviti di pergunungan Everest pada 29 Mei hadapan atas faktor keselamatan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 24 2023
Hawari yang berasal dari Pulau Pinang dalam percubaan keduanya menawan puncak Everest selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca. - Fail
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Everest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak Hawari
Pasukan SAR kini menumpukan kepada bahagian atas gunung dalam usaha menjejaki pendaki Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim.
Magendran gembira bersulam duka
Pendaki Gunung Everest pertama Malaysia turut sama berduka dengan kejadian malang yang menimpa Awang Askandar dan Muhammad Hawari.
Operator Everest usaha bawa turun jenazah pendaki guna helikopter - Mohamad Alamin
Wisma Putra memaklumka pihak operator Everest akan berusaha membawa turun jenazah pendaki program Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Awang Askandar Ampuan Yaacub dari kem 4 untuk pulang ke tanah air.
Pendaki Everest perlu ada bukti sahih - Muqharabbin
Tunjuk dahulu bukti sahih seperti gambar atau video sebelum boleh menggelarkan diri sebagai pendaki Everest, nasihat Muqharabbin.